SEORANG nelayan pantai, Zainuddin Ismail. - Foto Amran Hamid |
JITRA - Lebih 8,000 nelayan pantai di negeri ini merayu kerajaan supaya melabuhkan lebih banyak tukun khususnya di kawasan dalam lingkungan lapan batu nautika, bagi membantu mengatasi isu kekurangan hasil laut.
Selain mendorong pembiakan pelbagai spesis ikan, kehadiran lebih banyak tukun diyakini mampu membantu mengelak operasi berleluasa bot besar yang cenderung menceroboh kawasan tangkapan yang dikhususkan untuk nelayan pantai.
Seorang nelayan pantai, Zainuddin Ismail, 42, mengakui jumlah tangkapan yang didaratkan pada tahun ini turun mendadak sehingga 80 peratus, sedangkan hidupnya bergantung sepenuhnya kepada hasil laut.
"Tukun dilabuhkan sebelum ini membantu membiak pelbagai jenis spesis ikan, namun menyedihkan apabila bot besar juga tidak melepaskan peluang mengaut hasil di kawasan tangkapan kami.
"Sebelum ini, pendapatan saya dikatakan hampir RM3,000 sebulan, namun sekarang hendak mencecah RM1,000 pun susah... jika keadaan ini berterusan, sukar untuk kami nelayan pantai menyara keluarga," kata bapa kepada lima anak itu.
Bagi Nazren Azizan, 38, pula dia tidak menafikan peranan tukun sangat penting kepada nelayan, namun berharap kerajaan melakukan penguatkuasaan lebih agresif bagi mengelak kehadiran bot yang menceroboh kawasan tangkapan ditetapkan.
"Tukun penting kerana selain membantu membiakkan ikan, kawasan itu juga memberi pendapatan sampingan kerana menjadi lokasi habitat ikan komersial seperti kerapu, jenahak, kaci dan lain-lain itu yang digemari pemancing," katanya.
Sementara itu, Ketua Cawangan Pengembangan dan Pemindahan Teknologi Jabatan Perikanan Negeri Kedah, Ikhwaty Ibrahim, menegaskan pihaknya kini dalam peringkat kajian untuk memohon tukun baharu sebagai tambahan kepada 409 unit yang dilabuhkan di seluruh Kedah setakat ini.
"Kita sedar keperluan menambah tukun ini, namun ia memerlukan kajian terperinci termasuk dari segi kos kerana harganya tinggi iaitu hampir RM200,000 setiap unit.
"Semua 409 unit tukun ini dilabuhkan antara 2013 hingga 2016 dan ia membantu apabila jumlah pendaratan ikan di seluruh negeri meningkat... bagaimanapun ada faktor lain seperti cuaca yang menyebabkan jumlah pendaratan ikan pada awal tahun ini berkurangan, sekali gus menjejaskan pendapatan nelayan pantai," katanya.
Sumber: BH Online