ALOR SETAR – Bagi kebanyakan wanita Malaysia yang berkahwin, usia 60 sudah dianggap nenek dan sudah pun miliki beberapa orang cucu.
Malah pada usia 40an, suri rumah di negara ini sudah pun ‘menyerah kalah’ dan enggan mengandung lagi atas beberapa alasan termasuk faktor umur, kesibukan rumah tangga dan berperasaan malu.
Namun bagi Shammi Pal, dia amat seronok dan bahagia sekali menerima kedatangan puteri sulungnya ketika berumum 61 tahun, Angel, yang kini berusia tujuh bulan.
Shammi mengaku dia menjadi antara ibu di usia tua yang melahirkan anak.
Wanita itu tidak menyesal hamil di usia yang lewat walaupun dicemuh masyarakat.
Mereka berfikir saya akan sakit ketika melahirkan bayi, dan lebih parah saya dikatakan melakukan ‘kejahatan’ kerana bersalin di umur setua ini,” kata pada program ABC News.
"Ini tubuh saya..., ini bayi saya... dan saya mampu merawat bayi ini. Saya mencintainya dan akan melakukan apa pun untuknya," kata wanita itu.
Menurut Shammi, mereka yang menyindirnya befikiran tidak benar kerana wanita pada sebarang usia boleh memiliki bayi kerana sudah dibuktikan oleh pakar perubatan seluruh dunia.
“Saya berpendapat setiap wanita harus diberi kesempatan," katanya yang sentiasa berharap akan dikurniakan cahaya mata, kata Shammi yang bernikah dengan Lucas Arora ketika pasangan itu berusia lewat 40-an.
Pasangan itu pernah berusaha untuk mendapat anak melalui proses bayi tabung uji, di Australia, tetapi hasrat Shammi yang ketika berusia 52 tahun ditolak atas alasan usianya tidak mewajarkan dia melahirkan anak.
Angel, lahir pada 12 September lalu setelah setelah melalui proses bersalin yang rumit. di Hospital Mercy, Victoria Australia.
"Secara jujur, jika saya adalah salah seorang ibu tertua di India, saya akan diberi penghargaan atas keberanian ini," kata Shammi.
Bagaimanpun di Australia, mereka mengecam serta pandang serong kepada ibu yang sudah berusia melahirkan anak kerana menganggap dirinya telah melakukan kesalahan besar dan bertentangan dengan budaya masyarakat di sana. - Kedahnews.com