Baru menjangkau usia 21 tahun, siapa sangka seorang gadis dari Sekinchan, Selangor ini mampu menceburi sektor yang dipelopori oleh golongan lelaki.
Nur Aina Asmida Jamaliddin kini menjadi perhatian selepas CEO Prasarana, Datuk Seri Azmi Aziz memuat naik fotonya yang bertugas sebagai kapten LRT termuda menerusi laman Twitter baru-baru ini.
“Kenali Cik Nur Aina. Pada usia 21 tahun, dia menjadi antara kapten LRT termuda dalam kumpulan kami,” tulisnya.
Perkongsian itu ternyata memberi inspirasi hingga di-retweet lebih 1,400 oleh netizen lain.
Difahamkan, Aina ingin mencuba nasib memohon sebagai kapten LRT selepas muncul minat ingin menceburi dalam industri rel di Malaysia selepas sering menaiki pengangkutan awam itu untuk ke tempat kerjanya.
Dia yang dahulu bekerja di restoran makanan segera di Ampang sering berulang alik menggunakan LRT dari Maluri ke Ampang setiap hari.
Bermula dari situ, anak sulung dari lima adik beradik ini muncul minat ingin mengetahui cara memandu pengangkutan awam itu.
Aina yang suka mencuba benda baharu dan kerja-kerja lasak lantas memohon jawatan itu.
Rezeki nampaknya berpihak kepadanya, apabila permohonannya berjaya sekali gus menjadinya antara yang termuda menjadi kapten tren.
Semoga kisah Aina menjadi pemangkin untuk berusaha mencapai apa yang dihajati dalam kerjaya. –Kedahnews.com