ALOR SETAR - Pihak Les' Copaque Production Sdn Bhd tampil menafikan penglibatan mereka dalam pemecatan kartunis lagenda, Ujang, dari syarikat penerbitan majalah komik Upin & Ipin baru-baru ini.
Pemilik dan Pengarahnya, Burhanuddin Md Radzi berkata, Syarikat Nyla Sdn Bhd yang bertindak memberikan notis berhenti 24 jam pada Ujang tanpa pengetahuannya selepas mereka berbincang mengenai kemerosotan jualan komik kanak-kanak tersebut yang semakin menurun.
Malah katanya, cerita didalam komik tersebut kebanyakkan menyimpang dan juga terdapat kisah yang tidak berkaitan dengan kehidupan kanak-kanak.
"Sejak dua bulan lalu isi kandungan Upin & Ipin banyak menyimpang, kami dapati ia tidak mempunyai kaitan dengan kanak-kanak malahan terdapat cerita memasak pula di dalamnya," memetik laporan sebuah portal pro-parti politik pembangkang.
Hasil perbincangan dengan penerbit komik tersebut, Tunku Maziah Tunku Mukhtar yang melantik Ujang sebagai penasihat komik, Burhanuddin mendakwa kartunis itu menyarankan kandungan dikekalkan.
"Sebagai pengeluar komik, dia patut bagi cadangan bagaimana hendak naikkan edaran. Tetapi apabila dia balik dan kembali semula selepas itu, dia memberitahu, penasihat kata jangan ubah apa-apa.
"Kami tidak suruh (arah pecat), tetapi kalau sudah tidak boleh menasihat, tidak perlu jadi penasihat. Itu yang dia balik dan buang Ujang dalam tempoh 24 jam," jelasnya lagi.
Burhanudin yang tidak bersetuju dengan pemecatan Ujang dengan serta merta juga menyatakan bahawa beliau sendiri sebenarnya tidak mengetahui pelantikan dan peranan Ibrahim Anon, nama glamornya Ujang selama enam tahun bekerja di syarikat Nyla Sdn Bhd.
"Saya tidak tahu Nyla menggunakan Ujang sebagai penasihat kerana tidak terbabit dalam hal ehwal dalaman.
"Komik pula tidak memerlukan pelukis kerana hanya menggunakan tangkap layar daripada Upin & Ipin dan kemudian ditambah dialog," katanya lagi.
Syarikat Nyla Sdn Bhd merupakan penerbit bahan-bahan bacaan bercetak yang menggunakan cerita dan watak-watak dari siri animasi Upin & Ipin dengan izin berlesen dari Les' Copaque.
Ujang sebelum ini telah memuat naik kes pemecatan beliau di media sosial Facebook miliknya telah menarik perhatian netizen yang menyifatkan tindakan tersebut adalah tidak wajar dan turut bersimpati dengan nasib yang menimpa kartunis berkenaan.
Namun begitu, hal tersebut tidak mahu dipanjangkan pihak Les' Copaque dengan tampil menafikan pihaknya terlibat dan mahu tunggu keadaan kembali reda sebelum tindakan selanjutnya diambil. - Kedahnews.com