Ahmad (kiri) bersama Ahmad Faudzi (tengah) mendengar penerangan mengenai masalah banjir kilat yang sering berlaku di beberapa tempat di Pekan Pokok Sena. |
POKOK SENA - Beberapa kawasan di sekitar Pokok Sena yang dikenal pasti sering berlakunya banjir kilat akan dinaiktarafkan bagi mengelak berlakunya bencana itu setiap musim.
Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa kawasan yang sering dinaiki air apabila hujan hingga menyebabkan berlakunya banjir kilat.
Menurutnya, banjir kilat itu bukan sahaja menimbulkan masalah kepada penduduk tetapi turut dihadapi pengguna lebuh raya hingga mendatangkan bahaya.
Pegawai Daerah Pokok Sena, Faudzi Ahmad dan beberapa agensi kerajaan turun membuat tinjauan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Jabi, Kampung Machang Kudung dan Kampung Kolon.
"Kawasan ini dikenal pasti sering dilanda banjir kilat apabila hujan lebat selama beberapa jam.
"Diharap pihak berkenaan dapat membantu menyelesaikan masalah itu dengan segera supaya tidak mendatangkan masalah kepada penduduk dan pengguna lebuh raya hari ini," katanya, semalam.
Penduduk Kampung Kolon, Mohd Fawawaz Aswar Azmi berkata, pihaknya berterima kasih kepada pihak berkenaan yang berusaha mengatasi masalah itu.
"Kami dah lama berdepan masalah ini setiap kali hujan. Kadang-kadang air sampai masuk dalam rumah.
"Saya harap Adun Bukit Lada dan agensi kerajaan lain dapat selesaikan masalah banjir kilat di sini. Perparitan di sekitar ini juga perlu dinaiktarafkan supaya aliran air dapat mengalir dengan baik ke sungai berdekatan," katanya.
Sumber: Sinar Harian