MIRI - Seekor ikan paus sepanjang 10 meter dengan berat dianggarkan kira-kira 1.5 tan ditemui terdampar di tepi pantai dekat Kampung Siwak Bakam, 30 kilometer dari bandaraya itu.
Penduduk kampung dan beberapa anggota jabatan bomba dan penyelamat sedang berusaha untuk menarik semula ikan paus itu ke laut dalam.
Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata pasukannya dimaklumkan mengenai penemuan mamalia itu kira-kira pukul 7.10 pagi Khamis.
"Ikan paus itu masih hidup. Pasukan kami sudah berada di sana.
"Mereka bersama-sama dengan penduduk kampung cuba untuk menarik semula ikan paus itu ke Laut China Selatan," katanya.
Sumber: mStar