Kama Noriah membantu penduduk mengisi minyak di sekitar Kampung Muda dalam Program Jom Isi Minyak Percuma di Kampung Musa |
KUALA NERANG - Berikutan harga petrol semakin naik dan harga getah kian jatuh, Adun Pedu tampil menawarkan bahan api itu secara percuma di tiga stesen minyak kelmarin.
Adun Pedu, Kama Noriah Ibrahim berkata, beliau simpati dengan kehidupan penduduk di daerah itu yang kebanyakannya adalah penoreh dan terpaksa menanggung kos kehidupan yang semakin tinggi hari ini.
Menurutnya, Program Jom Isi Minyak Motor Percuma diadakan di Kampung Musa dari jam 11.30 hingga 1 petang, Pekan Naka 2,30 hingga 4 petang dan Felda Lubuk Merbau dari 3.30 hingga 5 petang.
"Saya menjangkakan sebanyak 2,000 motosikal di sekitar Pedu akan menikmati minyak percuma ini dan sambutannya sungguh hebat apabila mereka sanggup tunggu sejak jam 10 pagi lagi untuk mengisinya.
"Saya berharap sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kehidupan mereka terutamanya yang berpendapatan rendah.

"Difahamkan musim hujan sekarang ini menyebabkan penoreh hanya dapat menoreh beberapa hari sahaja dalam sebulan dan ini sekali gus menjejaskan pendapatan mereka," katanya.
Menurut Kama Noriah, program seperti ini bukan sahaja untuk meringankan beban penduduk, malah turut mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat.
Penoreh, Ahmad Jan Ramli, 45, dari Kampung Musa, berkata, program itu sangat memberi manfaat terutamanya dengan keadaan harga minyak semakin meningkat.
“Usaha murni seperti ini patut diteruskan supaya dapat mengurangkan beban penduduk terutamanya yang bergantung hidup dengan menoreh getah.
“Program ini cukup dekat dengan masyarakat macam kami yang berpendapatan tak tentu. Walaupun sumbangan ini tak seberapa tetapi sekurang-kurangnya meringankan beban kami,” kata bapa kepada lima anak itu.
Sumber: Sinar Harian