Pak Nasir Nak Buat Larian Lagi


Pelari solo yang juga penyokong setia Kedah, Nasir Abbas, 62, berhasrat melakukan larian dari Stadium Shah Alam ke Stadium Darulaman, Alor Setar sekiranya Helang Merah muncul juara Piala FA.

Menurutnya, hasratnya itu juga mendapat sokongan daripada satu syarikat yang ingin menaja larian itu sekiranya Kedah menang.

“Saya berhasrat membuat larian buat kali ketiga sekiranya Kedah menang. Larian mungkin mengambil masa selama enam hari dan sekiranya tidak sempat saya mungkin akan meneruskan larian pada bulan puasa," katanya ketika ditemui selepas membeli tiket hari ini.

Pada Piala Malaysia 2015, Nasir melakukan larian selama 10 hari sejauh lebih 500 kilometer dari Shah Alam ke Alor Setar walaupun pasukan Kedah kalah kepada Selangor.

Tahun lalu dia turut melakukan larian sama selepas Kedah muncul juara Piala Malaysia menentang Selangor.

Sumber: Harian Metro