PAS Nak Tawan Kedah, PAN Sudah Pilih MB?


ALOR SETAR - Kedah adalah antara  lima negeri pilihan yang menjadi tumpuan utama PAS  pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14 ini.

Pada Muktamar Tahunan PAS akhir bulan  April  lepas, para perwakilan parti dari negeri ini telah menyatakan  komitmen mereka untuk berjuang bagi  menawan Kedah selepas berjaya melakukannya pada PRU-12. 

Jika hasrat PAS (tawan Kedah) itu berjaya, ini bermakna harapan Parti Amanah Negara (PAN) atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  untuk menerajui negeri Jelapang Padi hanya tinggal impian.

Tiada lagi persoalan soal siapa bakal Menteri Besar Kedah ke-14 yang akan dilantik dari kalangan PAN  atau  PPBM.

Sebelum ini  PAN dan  PPBM dikatakan sudah mempersiapkan nama bakal Menteri Besar jika parti itu menguasai kerusi dalam DUN di Kedah.

Selain mempertahankan  Kelantan, tiga negeri lain yang turut diberi tumpuan untuk diambil alih oleh kerajaan pentadbiran PAS pada PRU-14 ialah Terengganu, Pahang dan Selangor.

Kedah pernah diterajui oleh PAS selepas PRU-13, Terengganu pada 1999 hingga 2004 sementara Pahang dan Selangor adalah negeri terbaharu yang yang disasarkan oleh PAS. 

"Kita  mahu memberikan tumpuan kepada Kedah PRU ini, " demikan kata Timbalan Presiden PAS, kata Datuk Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berucap  pada muktamar Dewan Pemuda PAS itu.

Dalam pada itu , pada PRU akan datang, Barisan Nasional (BN) bukan sahaja bertekad mempertahankan Kedah malah mahu  menguasai majoriti dua pertiga daripada 36 kerusi DUN.

Sebelum ini PAN bercita -cita untuk bertanding di semua  kawasan yang ditandingi  PAS manakala PPBM juga memiliki hasrat yang sama walaupun parti itu baharu sahaja ditubuhkan. -Kedahnews.com