SUNGAI PETANI - FAMA mengingatkan semua pemain dalam industri pertanian termasuk pemborong, peruncit, pengeksport dan pengimport agar mematuhi sepenuhnya amalan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (GPL).
Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak berkata kegagalan mematuhi amalan tersebut boleh menyebabkan pengguna mendapat maklumat yang tidak tepat, seterusnya menyebabkan mereka tidak yakin terhadap kualiti sesuatu produk.
Tambahnya, pada tahun lalu sahaja sejumlah 693 surat amaran dikeluarkan terhadap mereka yang gagal mematuhi amalan GPL
"Amalan GPL membolehkan pengguna mengetahui info berkenaan sesuatu produk, kualiti dan harganya, selain sumber produk terbabit sama ada import atau tempatan.
"Dalam kajian kita, lebih 30 peratus kerosakan selepas tuai berlaku dan kebanyakannya melibatkan produk sayur-sayuran dan buah-buahan, disebabkan amalan GPL tidak dipatuhi," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Antara FAMA dengan Pemasar Dan Media, di sini semalam.
Hadir sama, Pengarah Kanan Urusniaga Segar Fama, Anis Mohamad Yassin; Pengarah Fama Kedah, Anuar Mohamed; Pengarah Fama Perlis, Shahrizan Sudirman; dan Pengarah Fama Pulau Pinang, Habibah Sulaiman.
Peraturan GPL yang dikuatkuasakan sepenuhnya pada 2013 memerlukan para peniaga hasil pertanian meletakkan maklumat Label GPL iaitu nama keluaran pertanian, gred, saiz, negara atau tempat asal hasil pertanian serta harga.
Peniaga yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Ketika ini dianggarkan 3 juta tan metrik buah-buahan dan sayur-sayuran dikeluarkan di negara ini setiap setahun.
Terdahulu, Ahmad turut menyampaikan Anugerah Pemasar Terbaik 2016 peringkat negeri Kedah, kepada beberapa buah syarikat seperti Iman Ikhlas (M) Sdn Bhd, C-Mart 5 Sdn Bhd, Khoo Boon Soon dan Aadrun Aashan Shaari.
Terdapat seramai 40,573 usahawan pemasar di bawah Fama sehingga kini dengan nilai jualan berjumlah RM1.7 juta. –Bernama