JIKA baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang pemandu perkhidmatan GrabCar yang berjaya menarik perhatian netizen apabila menyediakan pelbagai kemudahan air dan makanan kepada pelanggan.
Berbeza pula kali ini apabila seorang pemandu GrabCar di Georgetown, Pulau Pinang didakwa menendang penumpangnya.
Menerusi perkongsian di Facebook, mangsa yang dikenali sebagai Nor Aishah Mat Kamis, 20 tahun, berkata ketika dia menaiki kenderaan jenis Pesona berwarna kelabu itu, pemandu tersebut memandu dalam keadaan agresif dan berbahaya sebelum tiba ke lokasi.
Remaja yang bekerja di sebuah kedai 24 jam itu berkata, sebelum memasuki kereta tersebut dia telah dimarahi pemandu tersebut kerana menunggu di hadapan lampu isyarat dan bukannya di tempat yang di tentukan pada awalnya.
“Masuk saja dalam kereta, pemandu itu mengamuk dan tanya kenapa saya tidak menunggu di lampu isyarat. Saya jelaskan sudah menjadi kebiasaan penduduk di flat ini akan menunggu GrabCar di depan pintu masuk, bukannya di tempat yang dikatakannya itu.
“Dalam perjalanan itu, pemandu itu memandu secara agresif dan berbahaya. Dia boleh hon kereta itu, kereta ini seperti orang tak betul,” tulisnya.
Jelasnya, dia menggunakan perkhidmatan GrabCar dari Taman Abidin ke Hotel One Pacific namun apabila hampir sampai di tempat kejadian, pemandu tersebut menurunkannya ke tempat yang lebih jauh.
Malah, pemandu tersebut dikatakan telah menyindir mangsa dengan mengatakan dia hanya membayar RM4 untuk sampai ke destinasi berkenaan.
“Saya beritahu pemandu supaya menurunkan saya di lokasi sepatutnya tetapi pemandu tersebut bertengkar mulut dengan saya,” katanya.
Menerusi satu rakaman video, pemandu tersebut keluar dari kenderaan dan memarahinya serta berkata dirinya biadap.
Mangsa juga berjaya merakam tindakan pemandu yang menendangnya sehingga terkena bahagian peha.
Sementara itu, menerusi satu gambar mendapati mangsa sudah membuat aduan kepada GrabCar dan pihak mereka akan mengambil tindakan terhadap pemandu tersebut.
Perkongsian video dan kisah tersebut mendapat kritikan netizen dan mahu tindakan sewajarnya dikenakan.
Ada netizen menganggap tindakan pemandu itu menyebabkan nama baik perkhidmatan GrabCar tercalar. –Kedahnews.com