Penguatkuasa Buli Tukang Urut Buta Dikecam

Image result for Penguatkuasa buli tukang urut buta dikecam

BEIJING - Sekumpulan anggota penguatkuasa dikecam selepas video yang memaparkan mereka membuli tukang urut cacat penglihatan tular.

Ketika kejadian, anggota penguatkuasa mengarahkan sekumpulan tukang urut buta yang beroperasi di kaki lima tanpa permit di wilayah Yunnan, lapor Yunnan.cn

Anggota terbabit pada mulanya menggunakan pembesar suara milik kumpulan peniaga terbabit meminta orang ramai tidak berurut di situ.

Ketika tukang urut buta cuba mematikan pembesar suara terbabit, anggota terbabit melarikan kotak pembesar suara sambil ketawa melihat gelagat lelaki buta terbabit.

Sementara itu, anggota penguatkuasa yang lain juga dilihat ketawa sambil merokok melihat tukang urut berkenaan mencari kotak pembesar suara terbabit.

Anggota penguatkuasa di China umumnya mempunyai reputasi buruk di China selepas beberapa kes yang dilaporkan ketika menjalankan penguatkuasaan terhadap pesalah.

"Membuli orang di atas kekurangan mereka. Adakah mereka tidak mempunyai kesedaran langsung," tulis seorang netizen dipetik South China Morning Post.

Sumber: Sinar Harian