Keadaan pasar sehari Tanah Merah, Pendang. |
PENDANG - Peniaga di pasar sehari Tanah Merah kecewa kerana kawasan itu tidak disediakan tandas untuk kegunaan peniaga mahupun pengunjung.
Ketua peniaga, Rozali Abdul Ghani, 63, berkata, peniaga memerlukan sebuah tandas awam bagi kemudahan mereka setiap kali berniaga pada hari Rabu.
“Sudah 10 tahun saya berniaga di sini, selama itulah tidak ada kemudahan tandas.
"Kami kena pergi ke stesen minyak untuk guna tandas yang jaraknya hampir 500 meter,” katanya, ketika ditemui di tapak niaga Pasar Sehari Tanah Merah, kelmarin.
Menurutnya, tandas adalah keperluan dan perlu dibina bagi memberi kemudahan kepada peniaga yang membayar sewa tapak.
“Kadang terpaksa tinggalkan barang niaga terlalu lama semata-mata nak pi tandas, ada masa pemilik stesen minyak itu merungut sebab kami kerap sangat guna tandas mereka.
"Nak buat macam mana, tak kan nak tahan, mahu tak mahu kena juga guna tandas depa,” katanya.
Katanya, sepatutnya pihak berwajib menyediakan kemudahan tandas.
Sumber: Sinar Harian