KUALA LUMPUR – Pengeluar kereta nasional, Perodua melancarkan Bezza di Mauritius, menjadikan negara itu sebagai destinasi eksport kedua bagi model sedan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Aminar Rashid Salleh berkata empat varian dilancarkan bagi negara tersebut — 1.0 liter (transmisi automatik dan manual) dan 1.3 liter Premium X (transmisi automatik dan manual).
Beliau berkata ia akan diedarkan melalui pengedar Perodua, Raouf Dusmohamud and Co Ltd.
“Mauritius merupakan destinasi yang strategik bagi kami berikutan negara ini adalah antara destinasi pelancongan paling popular di dunia dan dengan kehadiran Perodua Bezza di sini akan memberinya pendedahan global yang diperlukannya,” katanya dalam kenyataan.
Pengarah Urusan Raouf Dusmohamud, Raouf Dusmohamud berkata syarikat menyasarkan untuk menjual pada purata 168 unit Perodua Bezza sebulan atau 2,016 unit dalam tempoh satu tahun.
“Kami menyasarkan antaranya perniagaan kereta sewa, teksi bandar dan golongan profesional muda,” katanya.
Bezza menjadi model Perodua yang ketiga diedarkan oleh Raouf Dusmohamud di Mauritius. Model lain yang dijual ialah Axia dan Alza.
Raouf Dusmohamud dilantik sebagai pengedar Perodua pada 1996 dan telah menjual lebih 2,000 unit kenderaan Perodua dari 1996 hingga 2016 dengan Viva menjadi model jualan terbaik sebanyak 711 unit dijual antara 2008 dan 2014. – BERNAMA