Petronas, Gas4Sea Promosi Gas Asli Cecair


PETRONAS menerusi anak syarikatnya, Petronas LNG Ltf (PLL) dan affilate perkapalan, MISC Berhad (MISC) menandatangani memorandum persefahaman, dengan rakan kongsi Gas4Sea, bagi meneroka potensi kerjasama dalam mempromosikan gas asli cecair (LNG) sebagai bahan api marin pilihan.

Gas4Sea terdiri daripada Engie SA (Engie), Mitsubishi Corporation (MC) dan Nippon Yusen Kabushiki Kaisha (NYK), merupakan pemain utama dalam industri tenaga dan penghantaran global.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pemasaran PLL, Ezhar Yazid Jaafar berkata, kerjasama itu dijangka akan meningkatkan kedudukan kukuh Petronas dalam rantaian nilai LNG bersepadu dan portfolio pasaran LNG yang pelbagai.

"Petronas sedang mencari jalan untuk menggalakkan lagi penggunaan LNG di luar pasaran portfolio yang sedia ada, dan menyokong LNG sebagai bahan api marin adalah satu era baru bagi sektor LNG.

"Selain itu, kerjasama ini juga akan menyokong penggunaan LNG sebagai bahan api pilihan bagi aktiviti maritim, yang selaras dengan usaha Petronas dalam membantu industri mengurangkan kesan karbon," katanya.

Sumber : Sinar Online