Piala Malaysia: Kedah Dalam Kumpulan C Bersama Melaka United, UITM FC, TRW

Setelah menjuarai  Piala FA 2017, Kedah diundi selesa pada saingan

ALOR SETAR - Hasil undian saingan Piala Malaysia yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, Kuala Lumpur, semalam, menyaksikan Kedah berada dalam kumpulan C bersama pesaingnya iaitu Melaka United, UITM FA dan Kelantan.

Hasil undian tersebut seperti telah menempah tiket untuk juara bertahan skuad Helang Merah tersebut melangkah ke suka akhir Piala Malaysia.

Mampu kita katakan bahawa Kedah telah meraih kedudukan selesa dan tidak terlepas juga pasukan Pahang dimana turut turut meraih undian selesa selepas diundi dalam Kumpulan A bersama T-Team dan pasukan Liga Perdana, PKNP FC

Walau bagaimanapun, juara empat kali itu dijangka bakal menerima tentangan sengit daripada juara tiga kali, Negeri Sembilan yang turut diundi dalam kumpulan sama.

Sementara itu, nasib kurang baik terpaksa dihadapi oleh  juara 33 kali, Selangor yang telah diundi dalam kumpulan D dimana terpaksa berdepan dengan juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta''zim, juara 2001 Terengganu dan naib juara 1999 Sarawak.

Selain itu, saingan sama hebat dapat dilihat dalam kumpulan B bagi empat pasukan  Perak, Felda United, PKNS FC dan Kuala Lumpur dalam misi untuk menempat tiket ke suku akhir Piala Malaysia.

Saingan Piala Malaysia peringkat kumpulan bakal bermula dari 4 Julai sehingga 9 Ogos sebelum disusuli aksi suku akhir yang menggunakan format timbal balik pada 8 dan 9 Sept serta 15 dan 16 Sept.

Sebelas pasukan teratas Liga Super dan lima pasukan teratas Liga Perdana selepas berakhirnya 11 perlawanan liga masing-masing, layak beraksi ke saingan Piala Malaysia 2017. - Kedahnews.com