KUALA NERANG - Tiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah di daerah Padang Terap akan diberi peruntukan RM10,000 sementara PIBG sekolah pula menerima RM5,000 pada tahun .
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu, peruntukan tahunan itu adalah untuk perbelanjaan kegiatan yang dilaksanakan di peringkat sekolah masing-masing.
Beliau memberitahu perkara itu semasa berucap merasmikan sambutan Hari Guru 2017 peringkat Daerah Padang Terap, di kolej MARA di sini hari ini.
Sementara itu, Mahdzir meminta pemimpin masyarakat termasuk PIBG, Pengerusi JKKK dan iman agar turut sama memainkan peranan mengawasi pelajar yang ponteng sekolah dan terbabit dengan gejala dadah.
"Kita menghadapi dua masalah atau cabaran kerana ada kes di mana pelajar kesan mengambi dadah sentitik dan ketidakan hadiran ke sekolah, " katanya.
Bagaimanapun, katanya ada guru mengambil tanggungjawab serius dan sanggup pergi menemui pihak waris untuk mengetahui kedudukan sebenar.
Ada di antara pelajar tidak hadir ke sekolah sehingga 60 hari dalam setahun kerana berbagai sebab dan ia ada kaitan dengan budaya, kata Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap.
Mengenai prestasi sekolah di daerah itu Mahdzir berpuas hati kerana terdapat peningkatan di segi akademik, kokurikum, sahsiah diri dan sukan. - Kedahnews.com