Proton Iriz Baru Lebih Sporty


PERUSAHAAN Otomobil Nasional Berhad (Proton) memperkenalkan Proton Iriz baru dengan beberapa ciri yang dipertingkatkan untuk tampil lebih sporty dan bergaya.

Empat varian ditawarkan iaitu 1.3 Standard MT, 1.3 Standard CVT, 1.3 Executive CVT dan 1.6 Premium CVT mula dipertontonkan kepada orang ramai ketika acara DRB-Hicom Autofest 2017, minggu lalu.

Antara elemen utama yang dipertingkatkan ialah pengurangan bunyi bising, getaran dan kasar (NVH) juga enjin pemasangan tiga point untuk lebih kestabilan.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa berkata, model Iriz baru akan memasuki pasaran Jun ini dan harga terkini diumumkan dalam masa terdekat.

Iriz diberi penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (NCAP) juga ditawarkan dalam lima pilihan warna termasuk dua yang baru iaitu merah Ruby serta coklat Carnelian.

Sumber : MyMetro