Nor Azmin tidak mahu keluar dari bilik dan kerap menyendiri. |
PENDANG - Seorang ibu tunggal buntu memikirkan keadaan anak sulungnya yang tiba-tiba berubah tingkah laku ketika memasuki alam sekolah menengah.
Siti Aminah Saad, 47, berkata, anaknya Nor Azmin Abdul Aziz, 21, pada mulanya sama seperti anak-anak normal yang lain, namun selepas masuk sekolah menengah sikapnya mula berubah.
“Saya dah letih fikir punca kenapa dia jadi begini. Sekarang masa untuk saya fikir cara mengubatinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kerkau Seberang Pendang, kelmarin.
Menurutnya, dia sukar membawa anaknya itu ke hospital kerana ketiadaan kenderaan tambahan pula Nor Azmin tidak mahu keluar dari biliknya.
“Kalau dia keluar pun hanya untuk ke bilik air dan dapur.
"Kadang rasa geram juga dengan sikap dia, tetapi saya sedih mengenangkan apa akan terjadi jika saya ‘pergi’ dulu, siapa yang nak jaga dia,” katanya.
Katanya, dia tidak berani meninggalkan anaknya itu seorang diri memandangkan sekarang ini banyak kes rogol melibatkan golongan lembam berlaku.
“Saya nak kerja tetapi tidak berani untuk tinggalkan dia seorang diri di rumah.
"Sekarang saya hanya tinggal berdua bersama Azmin dua lagi anaknya masih bersekolah. Anak kedua saya belajar di pondok dan ditanggung penuh oleh ustaz pondok berkenaan,” katanya.
Siti Aminah kematian suami sejak 13 tahun lalu dan semenjak itu dia hanya bergantung harap pada masyarakat setempat dan saudara mara.
“Kadang ada kawan-kawan datang bagi makanan. Saya ingat nak buat kad OKU tapi sekarang ini dia langsung tak nak keluar rumah, susah jadinya,” katanya.
Sementara itu, jirannya, Norhidayati Napi, 42, berkata, dia selalu datang menjenguk Siti Aminah dan anaknya.
“Saya pun bukan orang senang, cuma bantu apa yang termampu sahaja,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan atau berkongsi cara mengubati Nor Azmin boleh menghubungi Siti Aminah di talian 017-544 3977.
Sumber: Sinar Harian