Remy Ishak Kini Tunangan Ahli Perniagaan Ezza Yusof


PELAKON Remy Ishak kini sudah sudah bergelar tunangan orang apabila memeteraikan ikatan tersebut bersama wanita pilihannya, Ezza Yusof pada Ahad (30 April).

Difahamkan, bakal isteri aktor yang popular menerusi drama bersiri Nur Kasih itu merupakan pemilik perniagaan kasut wanita dan kasut pengantin, 2morrowbridestory dan 2morrowmy.

Majlis pertunangan pasangan itu dilangsungkan di kediaman Ezza yang terletak di Pahang.

Menerusi gambar-gambar dan insta story yang dimuat naik oleh Ezza di dalam Instagram miliknya, Remy hadir ke majlis tersebut berpakaian sedarhana namun segak dengan kemeja berkolar biru gelap manakala Ezza pula anggun dengan persalinan ungu muda.


Nad Zainal yang merupakan teman baik kepada Ezza, turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Bagaimanapun, Remy lebih senang untuk tidak menceritakan lebih lanjut tentang berita pertunangannya itu namun kami yakin dia tentu amat gembira ketika ini. – Kedahnews.com