Rokiah menunjukkan Sijil Penghargaan dari Rela yang diterimanya selepas bertugas sejak sekian lama. |
POKOK SENA - Pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Perhimpunan Rela Peringkat Kebangsaan 2011, tiada siapa mengetahui ibu tunggal berusia 57 tahun ini sedang melawan penyakit hepatitis B kronik.
Bukan itu sahaja, Rokiah Chik dari Desa Batu 13, masih mendapatkan rawatan susulan selepas menjalani pembedahan akibat kanser payudara tahap dua pada 2007.
Menurutnya, penyakit yang dihidapinya itu bagaimanapun tidak menjadi penghalang untuk dia terus aktif dalam pasukan Rela Kota Setar sejak 24 tahun lalu.
"Selepas kematian suami Ismail Awang Kechik pada 1992, setahun selepas itu saya mengambil keputusan untuk menyertai pasukan Rela walaupun tidak menerima sebarang elaun, pada ketika itu, anggota Rela hanya diberi sebotol air mineral serta roti semasa bertugas.
"Dalam masa sama, saya besarkan tiga anak dengan gaji antara RM300 hingga RM400 sebulan sebagai pekerja kilang dan kemudian disahkan mengidap penyakit hepatitis B pada 2001.
"Pada 2007 saya disahkan pula mengidap kanser payudara," katanya ketika ditemui selepas Sambutan Hari Wanita Sedunia 2017 Peringkat Rela negeri Kedah.
Rokiah berkata, kehidupannya amat perit dan untuk melupakan kesedihan dialami dia mengambil keputusan menyertai pasukan sukarelawan Rela.
Rokiah kini terpaksa memilih untuk bertugas di tempat tertentu sahaja memandangkan kudratnya tidak lagi sekuat dahulu selain keadaan kesihatan yang semakin merosot.
Sumber: Sinar Harian