Safik Effendy menunjukkan azolla yang diambil dari kolam untuk diproses menjadi makanan haiwan. |
POKOK SENA - Pengalaman belayar ke beberapa negara memberi ilham kepada jurutera perkapalan untuk membawa pulang sejenis rumput air, azolla yang boleh menjadi makanan ternakan dan baja tanaman.
Safik Effendy Mohamed, 43, dari Kampung Mata Air, Mukim Gajah Mati berkata, dia dan saudaranya, Mohd Zakiran Ahmad, 36, mengambil kesempatan itu bagi membiakkan lagi tanaman itu di kolam mereka.
Menurutnya, azolla itu mampu menjadi makanan alternatif kepada penternak kerana dapat mengurangkan kos terutamanya mereka yang bergantung sepenuhnya kepada dedak.
Safik Effendy (kanan) dan saudaranya, Mohd Zakiran mengusahakan azolla yang boleh menjadi makanan alternatif kepada haiwan dan tumbuhan.
“Kandungan azolla itu mempunyai 35 peratus kandungan protein basah dan sangat sesuai kepada pelbagai ternakan. Bagi mereka yang menternak ayam pula azolla mampu mengurangkan mengguna dedak sebanyak 60 peratus.
“Azolla ini sangat sesuai diberi kepada ternakan ayam kerana selain kandungan protein tinggi, ia dapat mengurangkan kos import dedak dari luar negara. Buktinya saya sendiri menternak ayam dan dapat bergantung kepada dedak sebanyak 60 peratus,” katanya.
Safik Effendy berkata, azolla itu mudah dijaga dengan hanya merendamkannya di dalam kolam dengan saiz tertentu.
"Azolla itu boleh membiak dengan menabur najis ayam sebagai baja dan dalam masa singkat hasilnya sudah boleh diambil untuk proses dijadikan pelbagai hasil.
Azolla juga sesuai dijadikan makanan kepada semua jenis ikan kecuali haruan dan penternak ikan juga boleh menggunakan rumput air itu sebagai makanan tambahan bagi mengurangkan kos," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Safik Effendy Mohamed, 43, dari Kampung Mata Air, Mukim Gajah Mati berkata, dia dan saudaranya, Mohd Zakiran Ahmad, 36, mengambil kesempatan itu bagi membiakkan lagi tanaman itu di kolam mereka.
Menurutnya, azolla itu mampu menjadi makanan alternatif kepada penternak kerana dapat mengurangkan kos terutamanya mereka yang bergantung sepenuhnya kepada dedak.
Safik Effendy (kanan) dan saudaranya, Mohd Zakiran mengusahakan azolla yang boleh menjadi makanan alternatif kepada haiwan dan tumbuhan.
“Kandungan azolla itu mempunyai 35 peratus kandungan protein basah dan sangat sesuai kepada pelbagai ternakan. Bagi mereka yang menternak ayam pula azolla mampu mengurangkan mengguna dedak sebanyak 60 peratus.
“Azolla ini sangat sesuai diberi kepada ternakan ayam kerana selain kandungan protein tinggi, ia dapat mengurangkan kos import dedak dari luar negara. Buktinya saya sendiri menternak ayam dan dapat bergantung kepada dedak sebanyak 60 peratus,” katanya.
Safik Effendy (kanan) dan saudaranya, Mohd Zakiran mengusahakan azolla yang boleh menjadi makanan alternatif kepada haiwan dan tumbuhan. |