Saya Seorang Artis Yang Sendu Saja - Fazura


Selebriti cantik jelita, Fazura mendakwa dia tidak pernah merasakan dirinya seorang selebriti popular walaupun telah lebih sedekad menceburkan diri dalam industri hiburan.

Malah katanya lagi, masih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk memperbaiki kelemahan diri.

"Sejujurnya saya tak pernah meletakkan diri saya sebagai selebriti popular. Saya mengakui masih banyak kekurangan dan perkara yang perlu saya pelajari untuk memperbaiki kelemahan diri dalam bidang lakonan dan nyanyian.

"Saya juga merupakan seorang artis yang sendu saja kerana selepas selesai kerja saya akan habiskan banyak masa di rumah.

"Apa yang penting saya melakukan yang terbaik dalam perkara yang dilakukan dan bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berlakon,” katanya kepada Astro Gempak.

Bakat Fazura mula masuk ke dalam radar peminat industri hiburan tempatan apabila dia membintangi filem Gol & Gincu sebagai watak Putri.


Selain itu, lakonannya sebagai Cik Lang dalam filem Kami Histeria benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton dan dilihat sebagai watak comeback aktres ini.

Oleh kerana statusnya sebagai selebriti berprofil tinggi, kehidupan harian Fazura turut dirakamkan dalam sebuah rancangan realiti terbitan E! berjudul Facing Up To Fazura.

Selain berkebolehan membawa pelbagai watak dalam bidang lakonan, dia juga mencuba nasib sebagai penyanyi meskipun tidak ramai yang menggemari bakatnya di dalam bidang nyanyian.

Bagaimanapun ianya tidak mematahkan semangat Fazura untuk terus berusaha mengasah bakatnya.

Terbaru drama bersiri Hero Seorang Cinderella sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen, lakonan Fazura bergandingan dengan hero pujaan ramai, Fattah Amin.  – Kedahnews.com