GEORGE TOWN – Seorang pegawai kanan Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan tiga lagi pegawai badan itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki terlibat dalam kes penyelewengan wang zakat negeri ini.
Turut ditahan tujuh kontraktor berusia antara 41 dan 52 tahun yang dipercayai sering menerima projek atau tender daripada pegawai-pegawai ZPP yang ditahan itu.
Pegawai kanan berusia 50 tahun dan tiga pegawai ZPP masing-masing berusia 35, 39 dan 40 tahun serta tujuh kontraktor itu dibawa ke Kompleks Mahkamah George Town pada pukul 3 petang ini untuk perintah tahanan reman.
Majistret Mohamed Amin Shahul Hamid membenarkan permohonan reman selama tujuh hari bermula semalam yang dikemukakan SPRM.
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abdul Aziz Aban pada sidang akhbar di pejabatnya di sini berkata pegawai kanan ZPP itu ditahan di pejabatnya di Bandar Perda, Bukit Mertajam pada pukul 10.40 pagi semalam.
“Lelaki itu dipercayai menerima barang-barang berharga, wang tunai dan cek daripada beberapa pemilik syarikat kontraktor dan pembekal ZPP sebagai dorongan kerana memberi projek atau kerja berkaitan program pembangunan masyarakat ZPP.
“Suspek yang memegang jawatan itu sejak 1995 dipercayai turut memberi bantuan permulaan pelajaran dan meluluskan biasiswa tahunan anaknya tanpa melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAIPP),” katanya.
Kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan (b) serta seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan.
Beliau berkata SPRM mula menjejaki kegiatan yang dilakukan sejak tahun 2014 hingga Disember lepas, hasil maklumat dan aduan orang awam. – BERNAMA