Sharifah Sakinah Dapat 'Baby Girl'



PELAKON Sharifah Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan di pusat perubatan di Kuala Lumpur 9 pagi, hari ini.

Bayi seberat 3.1 kilogram yang dilahirkan menerusi pembedahan itu diberi nama Anais Adha.

Menurut kakaknya iaitu pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah, Sakinah sepatutnya bersalin dua minggu lalu.

"Alhamdulillah, Sakinah selamat bersalin juga. Kalau ikutkan dia dijangka bersalin 10 Mei lalu, tetapi sehingga semalam tidak ada sebarang tanda untuk bersalin.

"Disebabkan itu doktor menasihati dia dimasukkan ke hospital semalam. Namun selepas diberikan 'induce' Sakinah masih tidak boleh bersalin," katanya kepada Harian Metro.

Shahirah berkata, Sakinah ditemani suami Aliff Adha ketika bersalin.

Selain itu, turut berada di hospital ialah kakak meraka yang juga pelakon Shahrifah Haslinda.

"Buat masa sekarang Sakinah masih berehat di hospital.

"Anais adalah cucu ke-17 dalam keluarga kami. Jadi, bertambah meriahlah keluarga kami. Kehadiran Anais juga satu rahmat buat mereka sempena kedatangan Ramadan," katanya.

Sakinah dan Aliff berkahwin pada 28 Mac 2015 dan dia pernah keguguran pada Februari tahun lalu.

Sumber: Harian Metro