Skuad Sayang Pokok Sena Bawa BARAKAH Santuni Rakyat


ALOR SETAR – Skuad  Sayang Wanita UMNO Bahagian UMNO Pokok Sena semalam meneruskan aktivititi sosial dengan  melaksanakan program BARAKAH kepada para pengunjung  Klinik Kerajaan di Pekan Langgar,  Pokok Sena.

Program itu yang diketuai oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Salmah Md Isa antara lain menyumbangkan makanan sihat kepada  ibu-ibu mengandung  dan penduduk yang membuat pemeriksaan kesihatan di klinik tersebut.

Turut bersama dalam program berkenaan,Timbalan Ketua UMNO bahagian, Datuk Ariffin Man dan Naib Ketua Wanita, Miamunah Darus, Setiausaha Wanita, Hazizah Zen serta jawatankuasa Wanita bahagian tersebut.


Menurut Hazizah, sebanyak 100 beg berisi sajian sarapan diagihkan kepada para pelanggan klinik berkenaan selain beramah mesra dengan staf termasuk pegawai perubatan di klinik tersebut.

Wanita bahagian Pokok Sena akan terus melakukan kerja kebajikan termasuk ziarah kasih terutama mereka yang uzur dan ditimpa musibah,  kata Hazizah ketika ditemui Kedahnews.

Sebelum itu, kata beliau, Wanita UMNO bahagian juga turut menziarah sebuah anggota keluarga yang cedera akibat kebakaran rumah mereka di Taman Derga Jaya, di sini Jumaat lepas. -Kedahnews.com