Sumbat Daun Ketum Dalam Kereta


ARAU – Hasrat dua lelaki untuk menjual 300 kilogram daun ketum bernilai RM2,000 ke Thailand tidak kesampaian apabila kereta yang mereka naiki dipintas polis peronda dalam kejadian di Jalan Kampung Sena di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, kejadian pada pukul 9.45 pagi itu berlaku apabila polis peronda berkenaan terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Wira dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, suspek kemudian terus memecut ke arah Guar Sanji selepas diarahkan berhenti oleh polis sebelum mengejarnya.

“Pemandu kereta kemudian memberhentikan kereta di depan Sekolah Kebangsaan Pauh di sini sebelum dia dan penumpang depan melarikan diri ke arah kebun getah berhampiran.

“Pemeriksaan menemui 30 bungkusan plastik hitam mengandungi 300 kilogram daun ketum bernilai RM2,000 di tempat duduk belakang kereta itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sumber: Kosmo