SEREMBAN - Tentangan sengit yang dipamerkan Negeri Sembilan ketika bertemu Pahang pada separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Ahad lalu, meyakinkan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) untuk melakar kejutan pada aksi kedua, 13 Mei depan.
Naib Presiden PBNS, Datuk Mohamad Haslah Mohd Amin berkata, anak buah Mohd Asri Ninggal bukan saja menunjukkan semangat juang tinggi dalam mengekang jentera serangan skuad Tok Gajah yang dibimbing Dollah Salleh, malah turut mencipta peluang yang boleh menghasilkan jaringan.
Jentera serangan yang diterajui gandingan Bruno Suzuki dan Marko Simic sambil dibantu bahagian tengah tampak berkesan, namun kecederaan dialami Suzuki pada sebahagian besar permainan, menjejaskan sedikit perancangan serangan skuad Hobin Jang Hobin.
"Secara keseluruhannya, saya puas hati dengan persembahan pemain Negeri Sembilan dalam aksi itu apabila mereka menunjukkan semangat juang tinggi terhadap pasukan. Kita terpaksa akur dengan kelebihan Pahang yang beraksi di gelanggang sendiri dan satu gol yang mereka peroleh.
"Namun, peluang kita masih ada dan saya berharap persembahan yang memberangsangkan itu akan dapat diteruskan pada aksi timbal balik di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 13 Mei ini.
"Ada 90 minit saingan lagi dan saya harap komitmen tinggi itu dapat dikekalkan pada separuh akhir kedua nanti, dan bukan sesuatu yang mustahil buat Negeri Sembilan untuk menterbalikkan defisit di tempat sendiri," katanya, semalam.
Negeri Sembilan yang pernah merangkul kejuaraan Piala FA dua kali pada 2003 dan 2010, bakal menanti kunjungan Pahang, di Paroi, 13 Mei ini dan pemenang perlawanan itu akan bertemu sama ada Kedah atau Terengganu pada pentas final.
Mohamad Haslah berkata, pihaknya berharap skuad Hobin tidak patah semangat dengan keputusan separuh akhir pertama yang hanya dipisahkan menerusi jaringan bekas pemain kebangsaan, Asaari Shamsuddin itu.
Beliau percaya, Mohd Asri dan barisan jurulatih akan memberikan tumpuan kepada usaha mempertajamkan lagi jentera serangan, selain memantapkan benteng pertahanan.
"Pemain perlu kekalkan komitmen dan semangat sepasukan tinggi kerana ia kunci kepada kejayaan yang diinginkan.
"Walaupun kita dari Liga Perdana, semangat dan keyakinan tinggi setiap pemain untuk merealisasikan kemenangan, saya percaya menerusi sokongan padu penyokong, Negeri Sembilan boleh buat kejutan ke atas Pahang," katanya.
Sumber: BH Online