MELIHAT kepada luaran pekerja syarikat kereta api di Kota, Rajasthan, India iaitu Badri Lal Meena, sudah tentu tiada siapa menyangka ada puluhan jarum di dalam tubuhnya.
Daily Mail melaporkan, terdapat 75 jarum besi tertanam di leher, tangan dan kaki lelaki berkenaan selepas imbasan x-ray dijalankan baru-baru ini.
Badrilal Meena, dari Kota di utara India dimasukkan ke sebuah hospital untuk pembedahan berjadual bagi kakinya.
Bagaimanapun, salinan ujian x-ray mendapati terdapat benda asing di kaki pesakit berkenaan dan hasil siasatan lanjut mendapati bukan di kaki sahaja jarum itu tersembunyi, malah di leher dan juga tangan.
Pesakit atau keluarganya juga tidak tahu bagaimana jarum berkenaan boleh berada dalam tubuh Badri Lal, 56, yang kini dirawat di Hospital Jagjivan Ram, Mumbai, sejak sembilan hari lalu.
Namun doktor berpendapat besi itu dimasukkan dengan sengaja.
Pengarah hospital itu, Dr. Hemant Kumar, berkata pesakit itu kini dalam keadaan tertekan, tidak boleh bercakap dengan sempurna.
“Kami merancang membedahnya namun penyakit kencing manis dihidapnya merumitkan keadaan,” katanya.
Ada kira-kira 75 jarum dalam tubuhnya dengan 40 daripadanya di bahagian leher, 25 jarum dalam kaki kanan dan dua dalam lengan kiri serta kanan.
Anak lelakinya, Rajendra Meena, 24, berkata bapanya enggan memberikan jawapan mengenai bagaimana jarum tersebut boleh masuk ke dalam badannya. – Kedahnews.com