Gara-gara tertekan selepas diberhentikan kerja, seorang lelaki nekad membakar ruang tamu rumahnya sendiri di Taman Ros, Mantin, Negeri Sembilan, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam Khamis itu, lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai sengaja memabukkan dirinya bertindak membakar rumah milik bapanya sebelum menjerit memberitahu jirannya.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Zaldino Zaludin berkata, siasatan awal mendapati suspek tinggal seorang diri dan dipercayai mengalami tekanan perasaan akibat baharu sahaja dibuang kerja.
Menurutnya, lelaki tersebut bagaimanapun kemudian ditahan pihak polis bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin Azmi Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 8.37 malam.
Menurutnya, bomba yang menerima panggilan daripada jiran keluarga itu kemudian menghantar satu jentera bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.
“Bomba mengambil kira-kira 45 minit untuk memadamkan kebakaran sepenuhnya.
“Rumah berkenaan musnah 85 peratus namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. –Kedahnews.com