Teruja Maria Ozawa Ada Di KL, Netizen Lelaki Serbu Insta


ALOR SETAR - Bekas bintang pornografi terkenal Jepun, Maria Ozawa kini sedang berada di ibu negara dan sempat berkongsi beberapa gambar yang dirakam di laman sosial instagram miliknya.

Maria berkongsikan gambar bersama teman lelakinya, Chef Jose Sarasola, yang juga merupakan seorang pelakon dari negara Filipina di sebuah kelab malam tempatan.

"Hello Kuala Lumpur 🌞 I still feel like I'm in MNL cos it's still mainit and so many Asians!! ( ˙◊˙ (Picture credit📸: @chefjosesarasola ) #mariatravels #JMtravels #JMmoments #JM #kualalumpure," tulis Maria di laman instagramnya.

A post shared by Maria.Ozawa (@maria.ozawa) on

Mengumumkan dirinya sedang berada di Kuala Lumpur semalam, telah menarik beberapa warga tempatan untuk mempelawa Maria ke tempat mereka.

"Malam kang jom kl mana tahu dapat main free @amirhafizuddin_ @kairulthajudeen," komen pemilik akaun Instagram bernama, rassuffy.

"Datang lah ke kelantan. Boleh lepak dekat aeon," jemput jazlihafizjj.

"@maria.ozawa mari datang melaka...kita ada @izdenhsni good photographer...kita shoot kat aeon," tulis matmie.pdf, menjemput Maria ke Melaka.

"@salim_tungke jom pg kl.. xtau knp tiba2 rasa mau p kl ni.," tulis adikahassan47 yang tiba-tiba mendakwa diri terasa mahu ke ibu negara.

"Come to Sarawak, date with me :( @maria.ozawa," tulis fawwazx, menjemput ke Sarawak.

"Welcome to malaysia..@maria.ozawa ....hope i will meet u in kuala lumpur tomorrow and lunch with u...," tulis muhdjune, teruja.

"Please come to kedah..we all love you @maria.ozawa," tulis hilman_hafizi, mahu Maria berkunjung ke Kedah.

 "Dtg Au5D Lembah Keramat boleh? Ada buat makan2 sikit. Nk detail PM jap," tulis idinhaluu, menjemput bintang itu singgah ke rumahnya di Lembah Keramat.

Melucukan, seorang pengguna instagram yakin Maria tidak faham sepatah pun komen-komen berbahasa Melayu yang membanjiri instagram bekas bintang porno kegilaan ramai itu.

"Korng ingat dia phm ke bahasa melayu," soal soleheen_98.

Memetik laporan The Star, Maria memulakan karier berlakon filem "dewasa" sejak 2005 sekaligus menjadikan dirinya sebagai salah seorang bintang pornografi kegilaan dunia.

Namun yang terkini, dia dikatakan telah membintangi beberapa filem bukan lucah seperti Invitation Only di Taiwan, filem genre komedi, Menculik Miyabi dan filem seram, Hantu Tanah Kusir, di Indonesia, selain filem Nilalang di Filipina.

Sila ikuti telatah orang Malaysia yang teruja dengan kehadiran Maria Ozawa ke negara ini. - Kedahnews.com

A post shared by Maria.Ozawa (@maria.ozawa) on