The Star Terbawa-Bawa Dengan Sikap DAP Yang Anti Islam?


ALOR SETAR - Akhbar The Star tidak harus mengambil sikap yang sama dengan DAP yang anti-Islam dengan mengeksploitasi segala  isu, sebaliknya akhbar itu hendaklah  terus menghormati dan memelihara sesnitiviti keagamaan dan kaum.

Ketua Penenrangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, PAS yakin ramai lagi bukan Islam di negara ini yang tidak bersetuju dengan sikap memainkan sensitiviti dan mempersenda umat Islam. 

Semua pihak hendaklah berhenti daripada melakukan sebarang percubaan untuk menguji kesabaran umat Islam dan tidak terus mencetus provokasi kerana cara itu  tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak, kata Nasruddin dalam satu kenyataan media hari ini. 

"Kami yakin dan percaya sikap berani mereka yang melebihi had dalam mempersenda umat Isam ini akan memakan diri mereka sendiri," katanya lagi.

Nasruddin mempersoalkan, kenapa mereka makin berani? Sama ada mereka semakin angkuh dengan sokongan ekonomi dan politik yang mereka perolehi atau umat Islam semakin lemah kerana berpecah sesama sendiri.

Menurut Nasruddin, permohonan maaf  berkali-kali selepas  insiden serupa berlaku merupakan satu lagi siri penghinaan dan sampai  bila kesabaran umat Islam mahu diuji?

Tidak memadai dengan hanya memohon maaf setelah menyiarkan gambar sedemikian rupa yang cuba mengaitkan ummat Islam dengan keganasan. Ini bukan kali pertama perlecehan agama dan sentimen kaum dilakukan secara terbuka dan berani, ujarnya.

Sementara itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan akan memanggil Ketua Pengarang akhbar tabloid  berbahasa Inggeris  itu hari ini susulan penyiaran kandungan muka depan akhbar berkenaan yang tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata semalam pihaknya kecewa dengan akhbar tersebut yang secara sambil lewa memaparkan gambar umat Islam menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan. -Kedahnews.com