Duduk dari kanan: Ozcelik, Aslan dan Karaman. |
KUALA LUMPUR - Tiga lelaki warga Turki yang ditahan kerana didakwa mengancam keselamatan negara dipercayai terlibat dengan Pertubuhan Pengganas Fetullah (FETO), kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Kesemua suspek iaitu Turgay Karaman, 43, Ihsan Aslan, 39, dan Ismet Ozcelik, 58 dihantar pulang pada Khamis oleh Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas, Bukit Aman dengan bantuan Jabatan Imigresen.
"Mereka dihantar pulang ke Ankara. Berdasarkan siasatan, ketiga-tiga mereka dipercayai terlibat dengan FETO.
"Mereka juga dikehendaki oleh pihak berkuasa Turki. FETO diklasifikasikan sebagai pertubuhan pengganas oleh kerajaan Turki dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)," kata Khalid dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut Khalid, dokumen perjalanan mereka telah dibatalkan oleh kerajaan Turki.
"Dengan dokumen tidak sah mereka, kehadiran mereka di Malaysia adalah haram dan mereka dianggap sebagai pendatang tanpa izin.
"Kami akan terus memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kumpulan pengganas yang cukup menjadikan Malaysia sebagai pusat logistik, tempat persembunyian atau melancarkan serangan keganasan," katanya.
Terdahulu, Khalid menerusi Twitternya mengesahkan ketiga-tiga suspek itu telah dihantar pulang ke Ankara, malam Khamis.
Sumber: mStar