Tips: 9 Petua Halau Cicak Masuk Rumah

Jika sesebuah rumah itu ada cicak, ia merupakan suatu perkara biasa.

Namun sekiranya terlalu banyak sangat cicak di rumah kita, maka disarankan untuk mencuba beberapa petua yang dipetik dari laman portal Sinar FM.

Berkemungkinan ia memberi manfaat dan berkesan untuk menghalau cicak keluar dari rumah anda. ; -Kedahnews.com

1. Kulit telur


Cicak dikatakan tidak suka pada bau kulit telur. Anda boleh cuba letak kulit telur di celah tingkap atau di bahagian dapur, atau di mana-mana bahagian yang dikenal pasti banyak cicak. Cuma, kulit telur harus ditukar selepas 3 minggu digunakan.

2. Serbuk Kopi


Sediakan sebuah bekas, masukkan serbuk kopi dan serbuk tembakau ke dalamnya, dan kemudian digaul. Selepas itu, sediakan pencungkil gigi atau batang mancis. Sapu sedikit gam di atasnya, kemudian lalukan pada serbuk yang sudah dicampurgaul. 

Selepas tersedia, boleh letak di belakang almari atau belakang peti ais. Dikatakan cicak akan mati selepas makan serbuk adunan tersebut.

3. Sediakan bawang putih atau merah


Jika kurang percaya, cuba gantung bawang seperti yang dipetuakan. Ataupun, kisar dan sembur di sudut-sudut yang dikenal pasti banyak cicak.

4. Lada hitam


Sediakan lada hitam, serbuk cili dan letak air. Masukkan dalam botol spray. Sembur di bahagian dinding, sudut, celah pintu, belakang alamri untuk halau cicak. Cicak memang tidak tahan dengan pedas.

5. Ply paper


Ply paper boleh membuatkan cicak tersekat. Letakkan di bucu dinding untuk perangkap cicak yang lalu di atas ply paper ini.

6. Air sejuk


Kalau nampak cicak, sembur dengan air sejuk. Air sejuk akan melumpuhkan pergerakan cicak. Cubalah...

7. Sos Tabasco


Campurkan sos Tabasco dengan air dan sembur di almari, rak belakang dinding. Sos ini bukan sahaja membuatkan cicak lari, malah serangga lain juga dikatakan akan turut lari.

 8. Bulu Ayam


Cicak dikatakan takut dengan burung. Bulu ayam ini akan disangka bulu burung dan membuatkan cicak melarikan diri. Gantung bulu ayam di sudut dalam rumah.

9. Perangkap Tikus


Boleh guna perangkap tikus, perangkap ini juga boleh memerangkap cicak. Cuma pastikan perangkap tikus itu berjejaring saiz halus yang tidak mampu dibolos spesis reptilia itu.