ROM - Francesco Totti menamatkan kariernya bersama Roma dengan penuh gemilang selepas membantu pasukannya menang 3-2 ke atas Genoa untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara musim hadapan.
Pada hari penuh emosi itu, legenda Roma itu tampil membuat penampilan terakhirnya dari bangku simpanan pada minit ke-54 dalam aksi Serie A menentang Genoa.
Keputusan itu meletakkan mereka selaku naib juara liga di belakang Juventus dan meraih tempat dalam saingan kumpulan Liga Juara-Juara.
Ketika Roma menamatkan kempen musim ini di kedudukan kedua, tumpuan hari itu lebih terarah kepada Totti yang menamatkan kariernya.
Totti yang juga juara Piala Dunia 2006 membuat penampilan sulung bersama kelab pada 1993 ketika berusia 16 tahun dan menamatkan kariernya pada usia 40 tahun dengan menjuarai Serie A selain membuat 786 penampilan selain menjaringkan 250 jaringan dalam saingan liga.
Sumber: Utusan