JAKARTA – Netizen Indonesia heboh memperkatakan kisah kehebatan seorang jejaka tempatan yang mampu melakukan pernikahan dengan dua gadis pilihannya sekali gus tanpa masalah besar.
Perkahwinan si lelaki bertuah yang menetap di Musi dekat Banyuasin, wilayah Sumatera Selatan; kira-kira 746 kilometer dari ibu kota Jakarta itu turut menyaksikan tiga kerusi pengantin serentak diletakkan di atas pelamin.
Foto eksklusif dimuat naik menerusi akaun Instagram @miminsekayu itu memperlihatkan si teruna ceria senyum duduk di tengah diapit dua anak dara dengan ketiga-tiganya anggun memakai pakaian tradisional Palembang.
Ia berlangsung dalam bahasa daerah Sekayu: ‘Ikakla namonyo bini duo alias due, alangke pacak mamak ikak nyetelnye, raga pacak langsung bebini die tu. Akor?? Bokor? Mun akor bungkus bae sikok antat be ke kumah imin ek. Aoao q trimee.’
(Terjemahan: Inilah yang dinamakannya beristeri dua, alangkah berkemampuan orang ini mengaturnya, dapat langsung beristeri dua begitu. Akur? Kalau akur, bungkus saja satu hantar ke rumah Imin ini. Ya, saya terima).
Ramai netizen meragui kemantapan si suami itu antaranya @doniapriadi: ‘Playboy mamak tu, pakam dokonye. Namekla sajenye min maken pacak mutu‘ (Playboy orang itu, hebat ubatnya. Mantap sesajinya mampu begitu).
Manakala @bastianphotografy: ‘ape sebenyok e jok Wang kasmaran ikak. Cam yek. Mak mne aga pacak mutu. Malam pertamo betigo. Kalu dak kuat jok‘ (apa benar orang Kasmaran ini. Bagaimana malam pertama bertiga, boleh tidak kuat kawan).
Menurut media tempatan, lelaki beruntung itu hanya dikenali dengan singkatan HN dan insiden luar biasa tersebut disahkan ketua rombongan pengantin, Agus Kurniawan namun, dia mengaku tidak mengetahui cerita selengkapnya.
“Benar, laki-lakinya memang warga kita, tinggal di Desa Kasmaran. Sedangkan dua wanita itu tinggal di desa kecamatan lain,” ujarnya dan diperakui Ketua Kampung Kecamatan Babat Toman yang dirujuk sebagai Effendi.
Ujarnya, beliau sendiri termasuk tetamu undangan yang hadir begitu terkejut apabila mendapati tiga orang duduk kerusi pelamin pengantin dan dimaklumkan bahawa sedang berlangsung pernikahan serentak tiga mempelai.
“Kami sama sekali tidak tahu ada rencana begitu, lepas datang ternyata pengantin wanita ada dua, duduk di pelaminan, yang pria (lelaki) duduk di tengah-tengah,” ungkap Effendi saat dihubungi portal merdeka.com.
Tersentak dengan keajaiban perkahwinan itu, ketiga-tiganya menjadi tumpuan lensa kamera dan telefon pintar ramai jemputan. “Waduh, hebohlah, kan baru pertama kali terjadi. Pokoknya rame ambil foto mereka,” ujarnya.
Meskipun demikian, tiga pengantin tampak menikmati momen indah tersebut. Raut kebahagian dipancarkan raut wajah dua mempelai wanita dan sang suami mereka. Begitu juga kedua-dua orang tua pengantin perempuan itu.
“Tamu yang seru, pengantinnya bahagia, senyum-senyum, tertawa di pelaminan. Akur kelihatannya,” jelas Effendi sebelum menceritakan permintaan HN kepada dirinya beberapa hari sebelum menganjurkan majlis tersebut.
Katanya, HN menemuinya untuk meminta dibuatkan surat pengantar pernikahan kerana ingin bernikah dengan gadis berasal dari desa Karang Ringin, Kecamatan Lawang Setan malah Effendi pun ikut menghadiri penyerahan.
“Surat itu saya buat dan waktu serahan, saya juga ikut ke rumah wanita tersebut. Saya juga yang menyerahkan duit belanja perkahwinan,” katanya dan HN melakukan akad nikah di kediaman pengantin perempuan pada 6 Mei lalu.
Dua hari kemudian, HN kembali menemui Effendi untuk meminta dibuatkan sekali lagi surat sama dengan alasan ingin menikahi wanita lain berasal dari Desa Karang Anyar pula. Namun, permintaan HN itu ditolak oleh Effendi.
“Dia kata mahu nikah lagi sama gadis asal satu kecamatan dengan gadis yang dinikahinya pertama. Tapi saya tolak,” ujarnya. Seminggu kemudian pada 14 Mei, Effendi kaget kerana di pelaminan rumah HN ada dua pengantin wanita.
Mereka bertiga-tiga tersenyum riang sama mengenakan pakaian masyarakat Sumatera Selatan dan berkata: “Ternyata, pengantin satunya isteri sirinya. Mereka duduk di pelaminan waktu resepsi seadanya di kampung.”
Dari cerita yang didengar Effendi, wanita asal Karang Anyar itu terlebih dahulu dinikahinya, sekitar dua hari sebelum akad nikah dengan wanita asal Karang Ringin. Bezanya, pernikahan itu tidak direkodkan pihak pemerintah.
“Ya nikah siri begitu, lebih dulu malah, beza dua hari apa jaraknya. Mungkin dia minta surat tersebut untuk buat menikahi wanita satunya itu secara rasmi,” jelas Effendi. – Agensi