UMNO Jelas Bukan Parti Perkauman


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata UMNO bukan parti perkauman, pelampau dan angkuh, sebaliknya sanggup bermuafakat, bekerjasama dan berkongsi kuasa dengan rakan dalam Barisan Nasional (BN).

Presiden UMNO berkata, sebab itulah UMNO menjemput keluarga BN untuk bersama meraikan ulang tahun Ke-71 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

“Saya nak sebut dulu, saya nak mulakan dengan pimpinan MCA saya nak tengok pula pimpinan MIC, GERAKAN, kita nak tengok MYPPP, selanjutnya kita ada PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) di Sarawak, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan mana dia SUPP (Parti Bersatu Rakyat Sarawak).

“Kita pindah ke Sabah, mana PBS (Parti Bersatu Sabah), mana PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah), UPKO (Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu), LDP (Parti Liberal Demokratik) dan `Friends’ (sahabat) BN,” katanya dalam amanat sempena ulang tahun ke-71 UMNO, malam ini. -BH Online