1 Juta Bekalan Kelapa Untuk Ramadan, Aidilfitri Di Kedah


ALOR SETAR - Pemborong kelapa tunggal bumiputera di Kedah, DA Agro (M) Sdn Bhd, Ku Mohd Fazly Ku Hamdan mendedahkan bahawa sebanyak satu juta kepala disediakan sebagai bekalan kepada penduduk bagi menampung keperluan sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.

Bekalan tersebut dikatakan sudah mencukupi bukan sahaja bagi menampung pasaran di Kedah sahaja malah turut meliputi kawasan utara seperti Perlis dan Pulau Pinang, difahamkan bahawa bekala tersebut turut diimport dari Indonesia.

“Penggunaan paling tinggi adalah dua minggu sebelum Aidilfitri, ketika itu, orang ramai sudah mula buat persiapan memasak untuk perayaan selain tempahan daripada peniaga khususnya pengusaha dodol dan lemang,” katanya.

Menurutnya lagi, permintaan bagi kepala pada Ramadan tahun ini sejak bermulanya puasa telah meningkat sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu, perkara tersebut menyebabkan dia terpaksa menambah bilangan stok setiap minggu.

“Mungkin disebabkan musim cuti sekolah, ramai yang balik kampung dan adakan majlis berbuka puasa, jadi permintaan pun bertambah,” katanya, yang memiliki dua buah gudang kelapa di Simpang Empat dan Sungai Petani.

Walau bagaimanapun, Ku Mohd Fazly memberitahu bahawa harga bagi sebiji kelapa pada tahun ini meningkat berbanding tahun lalu, iaitu 95 sen kepada RM1.83 sekilogram (kg).

“Harga naik disebabkan tukaran mata wang selain stok kelapa dari Indonesia turut dibekalkan ke Thailand. Kebiasaan, selepas Aidilfitri bekalan akan kurang sebab tiada stok atau stok habis, harga pun naik sedikit, tambahan pula kelapa mengalami susut nilai,” katanya.

Diahamkan bahawa pada tahun ini satu tan kelapa dijual pada harga RM1,830 berbanding tahun 2016, pada harga RM950.00.

“Walaupun harga tinggi, kita tetap bekalkan kelapa berkualiti dari Indonesia (Gred A), isinya tebal dan mampu menghasilkan 25 kg santan bagi 100 kg biji kelapa,” katanya.

Meskipun begitu, dia tidak risau kerana yakin bekalan satu juta kepala yang disediakannya itu akan habis kerana Kedah merupakan negeri yang paling tertinggi penggunaan Kedah dan diikuti dengan Terengganu. - Kedahnews.com