20 Minit Kesakitan, Ibu Jari Tersepit Di Pintu Bank


BUDAK perempuan berusia tujuh tahun terpaksa menahan sakit 20 minit selepas ibu jari tangan kanannya tersepit di pintu kaca bank, di Tanjung Malim, hari ini.

Dalam kejadian 9.25 pagi, kanak-kanak itu dikatakan bersama keluarganya pergi ke bank berkenaan sebelum tangannya tersepit di pintu keluar bank berkenaan.

Pihak bank terpaksa memdapatkan bantuan kecemasan daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim.

Penolong Penguasa Bomba Ibrahim Mat Isa yang mengetuai operasi berkata, pihaknya mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan ibu jari mangsa.

"Anggota menggunakan pengumpil untuk menyelamatkan seterusnya mengeluarkan ibu jari mangsa yang tersepit lalu dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber: Harian Metro