3,500 Terima Sumbangan Program Ziarah Kasih Al-Mubarak 2017 Di Tapah


TAPAH - Seramai 3,500 individu yang memerlukan termasuk golongan asnaf di sekitar kawasan Palimen Tapah semalam menerima sumbangan daripada Yayasan Tabung Haji dan barisan kepimpinan UMNO Tapah menerusi Program Ziarah Kasih Ramadan Al-Mubarak 2017.

Anggota Dewan Undangan Negeri Air Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata setiap penerima yang layak menerima sumbangan sebanyak RM100 seorang.

"Kalau di kawasan parlimen lain secara purata jumlah penerimanya dalam lingkungan 1,500 ke 2,000 orang tetapi di Tapah ini kita perbanyakkan agar sumbangan ini dapat dirasai lebih ramai orang," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Penyampaian sumbangan dilakukan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Parlimen Tapah merupakan kawasan parlimen keenam yang dipilih untuk Program Ziarah Kasih Ramadan Al-Mubarak 2017 di Perak selain Teluk Intan, Sungai Siput, Bukit Gantang, Lumut dan Kampar. - BERNAMA