4 Jenis Sukan Terbaik Untuk Penghidap Asma


MUNGKIN ramai di antara anda atau ahli keluarga yang menghidap penyakit asma bukan?

Kebiasaannya mereka yang mengalami penyakit ini akan berasa sukar untuk bernafas.

Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat cara untuk mengubati dan menghindari daripada penyakit ini.

Berikut kami kongsikan empat jenis senaman yang terbaik untuk penghidap asma

1. Renang
Tahukah anda, berenang boleh disifatkan sebagai latihan pernafasan terbaik. Ini kerana, sewaktu berenang seluruh anggota badan akan bergerak bagi menyempurnakan senaman ini. Jika anda sering berenang, kebarangkalian untuk menghidap asma adalah amat rendah.

2. Larian
Berlari atau ’jogging’ sememangnya terbukti berkesan untuk mereka yang mengalami asma. Tetapi anda dinasihatkan untuk berlari pada waktu panas atau di atas ’treadmill’. Untuk menjadikan aktiviti ini sebagai hobi, anda juga boleh menyertai program larian yang sering dianjurkan seperti marathon, walkathon, dan sebagainya.

3. Golf
Pasti ramai di luar sana yang tidak tahu bahawa sukan golf sebenarnya baik untuk penghidap asma. Sukan golf memerlukan anda untuk berjalan jarak jauh dan secara tidak langsung senaman ini baik untuk melatih pernafasan.

4. Bola Tampar
Bagi mereka yang mengalami asma tetapi ingin aktif bersukan, bola tampar adalah jawapannya! Selain dapat membantu mengawal pernafasan, sukan ini juga baik untuk menurunkan berat badan. –Kedahnews.com