8 Individu Bawah Pengaruh Dadah Diberkas AADK


PULAU PINANG - Lapan lelaki dan seorang wanita ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri dalam operasi di Seberang Perai Utara (SPU) malam semalam.

Ketua Penguat Kuasa dan Keselamatan AADK negeri, Nasruddin Abdul Rahman berkata, dalam operasi lebih lapan jam di Kampung Sireh itu, pihaknya turut merampas dua paket dadah dipercayai heroin seberat satu gram.

Katanya, salah seorang yang ditahan merupakan warga emas berusia 60 tahun.

“Sebanyak lima kes diserah kepada Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU kerana melibatkan dua kes barang dan tiga kes positif syabu,” katanya kepada pemberita di sini semalam. 

Sumber : Utusan Online