KUALA LUMPUR – Siapa sangka kerjaya sebagai tukang urut tradisional yang dahulunya didominasi oleh golongan yang berusia kini turut diminati generasi muda sehingga mampu meraih pendapatan lumayan.
Walaupun memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains sosial dan pernah bekerja di sektor kerajaan, Nurul Bahirah IIias, 31, tidak pernah kesal dengan keputusannya untuk meneruskan kerjaya sebagai tukang urut.
“Saya pernah bekerja dalam sektor kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini, namun minat yang mendalam dalam bidang ini menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
“Kemudian membina perniagaan sendiri dan alhamdulillah saya tidak menyangka pendapatan yang diperolehi memuaskan saya. Saya berasa sangat bertuah kerana memiliki kemahiran mengurut ini secara turun-temurun.
“Sehingga kini saya masih mengikuti kelas-kelas mengurut bagi menambahkan ilmu berkaitan,” katanya yang mempunyai seorang nenek saudara yang mahir mengurut wanita selepas bersalin.
Beliau berkata memiliki kemahiran mengurut banyak membantunya menjana pendapatan sehingga mencecah RM4,000 sebulan, di samping menjual produk herba buatan sendiri misalnya jamu dan lulur badan.
Sambil menyifatkan kerjaya ini sebagai pekerjaan menarik wanita berasal dari Gurun, Kedah ini berkata kepuasan lebih bermakna apabila dapat membantu golongan wanita bermasalah untuk kembali semula bertenaga dalam menguruskan rutin harian mereka.
Nurul Bahirah berkata urutan sangat diperlukan oleh golongan wanita dalam mengembalikan semula kesegaran badan mereka di samping membantu melancarkan perjalanan darah, membaiki urat saraf dan membuang angin dalam badan serta memastikan rahim wanita berada dalam keadaan ‘sihat’.
Mengulas lanjut, beliau yang telah menjalankan perniagaan mengurut tradisional sejak setahun lalu berkata, golongan wanita harus lebih kerap berurut kerana secara tidak langsung dapat menaikkan seri wajah agar kelihatan awet muda sentiasa.
“Saya juga syor wanita di luar sana supaya berurut sebulan atau dua bulan sekali dan sentiasa amal pemakanan yang sihat agar kesegaran badan dapat dikekalkan,” katanya sambil menambah bayaran dikenakan bagi setiap pelanggannya hanya RM40 untuk sekali urutan.
Ditanya mengapa beliau mengenakan bayaran rendah, Nurul Bahirah berkata ini kerana rata-rata pelanggannya terdiri kalangan suri rumah dan golongan berpendapatan sederhana.
Tambahan pula dengan keadaan ekonomi masa kini kadar bayaran yang tinggi akan menyebabkan pelanggan tidak mampu membayar lebih.
Mengenai rancangan masa depannya, beliau ada impian untuk buka sebuah pusat urutan tradisional. – BERNAMA