Air Masjid Rahsia Bubur Lambuk Sedap

 Image result for bubur lambuk 

“Kami menggunakan air masjid untuk memasak bubur lambuk,” kata Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Idris Shaari Mat Aris sambil ketawa apabila ditanya mengenai rahsia keenakan bubur lambuk Kampung Baru yang popular dalam kalangan warga kota pada setiap Ramadan.

Mesra dan tidak lokek berkongsi cerita mengenai dirinya membuatkan sesi perbualan bersama Idris Shaari menjadi lebih santai.

Menurut tokoh berusia 75 tahun ini, keenakan bubur lambuk Kampung Baru menjadi bualan masyarakat kerana ia dihasilkan menurut resipi tradisional asli dan dimasak di pekarangan dapur Masjid Jamek Kampung Baru (MJKB).

Sempurna bahan mentah seperti rempah-ratus, herba, udang kering, daging tetel dan minyak sapi mengikut bahagian ditetapkan tanpa memikirkan keuntungan diiringi keikhlasan diri untuk menyediakan sajian berbuka, menjadi formula utama bubur lambuk Kampung Baru.

“Sebenarnya, dulu penerimaan bubur lambuk MJKB tidaklah semeriah hari ini. Usaha kerajaan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) sekitar 1990-an, mencadangkan kepada pihak masjid untuk memasak bubur lambuk secara besar-besaran.

Sumber: Sinar Harian