AirAsia Tawar Tambang Promosi Termasuk Semua Bermula RM59 Sehala


KUALA LUMPUR - AirAsia, menawarkan tambang promosi termasuk semua bermula daripada RM59 bagi penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Johor Bahru, Langkawi, Kuching, Sibu, Kota Kinabalu dan banyak lagi.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan kos rendah itu berkata, tambang promosi itu boleh ditempah di airasia.com mulai 12 Jun 2017 hingga 18 Jun 2017 untuk perjalanan segera mulai 12 Jun 2017 hingga 14 Januari 2018.

Pelanggan juga boleh menikmati tambang rendah daripada RM289 (termasuk cukai dan yuran) sehala dari Kuala Lumpur ke destinasi antarabangsa seperti Changsha, Cebu, Kaohsiung, Bali serta dengan penerbangan AirAsia X ke Perth, Tokyo dan banyak lagi.

Bagi menampung permintaan sempena musim perayaan, AirAsia telah menambah 48 penerbangan sehala seminggu mulai 15 Jun 2017 hingga 9 Julai 2017, bagi bandar raya terpilih seperti Kuala Lumpur ke Pulau Pinang (tiga penerbangan tambahan sehala seminggu), Johor Bahru ke Miri (tujuh penerbangan tambahan sehala seminggu), Kota Bharu ke Kuala Lumpur (tiga penerbangan tambahan sehala seminggu), Kota Kinabalu ke Johor Bahru (tujuh penerbangan tambahan sehala seminggu) dan banyak lagi. - BERNAMA