Ambillah Iktibar Dari Perang Badar - PM


PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak umat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa Perang Badar yang berlaku pada bulan Ramadan untuk mencapai lebih banyak kejayaan.

Perdana Menteri berkata, dalam peperangan tersebut, umat Islam yang berada dalam keadaan lapar dan dahaga berjaya menewaskan musuh yang mana jumlah mereka jauh lebih besar.

"Mengapa orang Islam berjaya mengatasi ancaman musuh?

"Ini adalah kerana umat Islam pada masa itu mempunyai semangat perjuangan yang kental, taat, setia dan menyerahkan nasib kepada Allah SWT.

"Kalau kita mahu berjaya pada hari ini (semalam)  walaupun berada pada abad ke-21, ikutlah teladan umat Islam pada zaman itu," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada 77 warga emas di Masjid Kampung Lamir, di sini semalam.

Sumber : Utusan Online