PIERRE - Emerick Aubameyang akan meninggalkan Borussia Dortmund dan menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dengan perjanjian bernilai 61 juta pound sterling.
Yahoo Sport France mendakwa penyerang Gabon itu telah bersetuju dengan tawaran kontrak bernilai 168,000 pound sterling seminggu.
Malah, Aubameyang dilaporkan akan menerima bayaran luar biasa sebanyak 5.25 juta pound sterling ketika dia menandatangani kontrak bersama kelab gergasi Ligue 1 itu.
Menurut laporan itu, hanya beberapa butiran yang perlu dimuktamadkan sebelum pemain berusia 27 tahun itu berhijrah ke PSG.
Alexis Sanchez turut menjadi sasaran PSG pada musim panas ini tetapi pemain kelahiran Chile itu berminat untuk menyertai Manchester City atau Bayern Munich.
Aubameyang turut memberitahu Dortmund bahawa dia mahu angkat kaki pada musim panas ini sebelum membantu pasukannya menundukkan Eintracht Frankfurt 2-1 pada aksi final Piala Jerman, Sabtu lalu.
Akhbar Jerman Bild turut melaporkan Aubameyang menjadi sasaran kelab gergasi Itali, AC Milan dan Liga Super China.
Nampaknya, PSG telah berjaya menambat hati Aubameyang selepas menawarkan tawaran kontrak yang lumayan.
Manchester City pernah menyuarakan hasrat untuk mendapatkan khidmat penyerang itu pada musim panas lalu tetapi Pep Guardiola beralih arah kepada Kylian Mbappe dari Monaco dan Sanchez.
Sumber : Mstar Online