Australia Tak Daya Belasah Malaysian Tigress

 BARISAN pemain skuad hoki wanita negara tetap bersemangat untuk memastikan mereka layak ke Piala Dun

KUALA LUMPUR - Meskipun berbeza 18 anak tangga ranking dunia, skuad hoki wanita negara masih berupaya mengelak daripada menjadi ‘lauk’ kepada Australia apabila hanya tewas 0-3 dalam aksi pembukaan separuh akhir Liga Hoki Wanita Dunia (WWHL), di Brussels, Belgium semalam.

Skuad Hockeyroos, yang menghuni tangga keempat dunia meraih dua jaringan daripada Maddy Fitzpatrick pada minit keempat dan ke-44, sebelum Georgina Morgan melengkapkan kemenangan (minit ke-59), dengan kesemua gol dijaringkan menerusi pukulan sudut penalti.

Skuad Malaysian Tigress yang berada dalam saingan Kumpulan B, bakal berdepan pasukan di ranking ke-10 dunia Sepanyol esok (Jumaat pukul 12 tgh malam waktu Malaysia).

Sumber: Utusan