AWAS! 7 Makanan Paling Mahal Di Dunia Yang Mampu Buat "Poket Rabak"

 

MAKANAN menjadi keperluan utama untuk manusia meneruskan hidup dan kenaikan harga barangan makanan pastinya akan membuatkan kita pening untuk menghadapinya.

Namun tahukah anda walaupun kita berdepan dengan kos kenaikan harga barangan makanan, terdapat makanan yang harganya tidak masuk akal dan tersangat malah sehingga dikategorikan antara makanan yang paling mahal di dunia.
1. Cendawan Matsutake
Cendawan Matsutake merupakan antara bahan makanan yang paling mahal di dunia di mana harganya boleh mencecah sehingga RM6,500 untuk sekilogram.
Apa yang membuatkan cendawan ini mahal adalah kerana proses pencariannya yang sangat rumit di mana ‘pemburu’ cendawan ini terpaksa menggunakan khidmat anjing pengesan. Ini kerana cendawan matsutake hanya tumbuh di kawasan semak samun dan hutan yang tebal.
2. Kaviar
Hidangan kaviar ini merupakan telur ikan yang hanya mendiami kawasan laut Eurasia. Kaviar mempunyai pelbagai jenis namun yang paling mahal harganya ialah kaviar beluga atau black caviar iaitu telur ikan sturgeon putih yang hanya mendiami kawasan Laut Kaspian di Iran. Harganya mampu mencecah sehingga RM136,000 untuk sekilogram!!
3. Kopi Luwak
Kopi luwak merupakan kopi yang paling mahal di dunia. Ia terhasil dengan najis musang dan harganya adalah antara RM400 sehingga RM2,000 bagi setiap kilogram. Ia terhasil apabila musang Luwak memakan biji kopi itu yang kemudiannya dihadam sehinggalah dikeluarkan semula bersama najisnya.
Banyak diproses di negara Indonesia, namun penghasilan kopi ini boleh dikatakan agak kejam di mana banyak musang yang mati kerana kekurangan zat makanan kerana diet seharian mereka hanyalah biji kopi semata-mata.
4. Piza Royale 007
Piza ini dicipta oleh Cef Dominico Crolla dari New York Amerika Syarikat yang diinspirasikan daripada filem pengintip tersohor, James Bond. Piza bersaiz 12 inci ini dihasilkan menggunakan ramuan-ramuan yang paling mahal di dunia antaranya daging rusa, kaviar yang direndam dalam champagne dan udang kara yang diperap dalam arak brandi.
Selain bahan itu, Crolla turut menabur kepingan daun emas 24 karat yang boleh dimakan di atas pizza itu…Fuh! Maka harganya pula adalah sekitar RM15,530.
5. An Qi Pho (mi sup)
Diperkenalkan oleh restoran House of Art di Vietnam, ramuan yang digunakan untuk menghasilkan hidangan ini sememangnya amat mahal. Untuk mi sahaja, ia dihasilkan menggunakan daging udang kara. Selain itu, resipi ini turut menggunakan daging lembu wagyu yang sememangnya diketahui umum merupakan daging yang paling mahal di dunia selain trufle putih.
Supnya juga menggunakan foie gras iaitu hati itik yang termahal di Perancis. Bahan yang paling murah dalam hidangan ini hanyalah taugeh. Harga untuk semangkuk An Qi Pho adalah AS$5,000.
6. Zillion Dollar Lobster Frittata
Ini merupakan hidaangan telur dadar yang paling mahal di mana ia merupakan salah satu hidangan di Hotel Le Parker Meridien, Manhattan, Amerika Syarikat.
Ia dihasilkan menggunakan enam biji telur dan daun kucai dan apa yang menjadikan makanan ini mahal adalah penggunaan ramuan yang terdiri daripada black kaviar dan udang kara. Hidangan berharga AS$1,000.
7. Kek Cawan Luxe Gold
Ini merupakan hidangan pencuci mulut yang mengandungi emas. Ia adalah sebiji kek cawan berperisa teh Hawaii yang turut mengandungi coklat, jem champagne dan buah pic. Bahagian luarnya disalut jem wain mahal serta dibaluti emas 24 karat yang boleh dimakan.
Untuk perhiasan, sehelai daun emas yang boleh dimakan turut diletakkan bersama hidangan ini. Namun hidangan ini bukanlah untuk dimakan tetapi hanya untuk pameran di National Cup Cake Week di London. Harganya AS$1,227.  Kedahnews.com