PETALING JAYA - Pencuri kini menjadi lebih kreatif apabila menggunakan beg berisi kerajang aluminium sebagai taktik baru untuk mengelak kegiatan mereka dikesan di kaunter tunai.
Sekali imbas beg itu nampak biasa sahaja tetapi kerajang aluminium di dalamnya memberi ‘kuasa’ apabila ia tidak dapat dikesan apabila melalui pengesan anti pencuri.
Perkara ini membolehkan sesiapa sahaja mengangkat barang, letak di dalam beg berkerajang aluminium dan keluar begitu sahaja tanpa membayar.
Dengan penguatkuasaan ‘bebas plastik’ di pusat beli-belah di Selangor, ramai pembeli datang dengan beg mereka untuk meletakkan barang yang dibeli.
Sekurang-kurangnya dua pusat beli-belah telah menghadapi kes ini.
Ketua pegawai Pusat Beli-belah Sunway Kevin Tan berkata, mereka mempunyai tiga kes tersebut pada tahun ini.
“Terdapat banyak manfaat dengan larangan beg plastik tetapi pencuri telah mengambil peluang di atas kesempatan ini. Mereka datang dengan beg sendiri jadi kemungkinan besar mereka menggunakannya untuk mencuri.
“Selain beg, mereka juga meletakkan aluminium di dalam jaket dan poket seluar supaya mereka dapat mencuri tanpa dikesan. Oleh itu, kita harus lebih berjaga-jaga,” katanya.
Tan berkata Sunway Pyramid dihadiri oleh 3 juta orang setiap bulan, dengan jumlah seramai 36 juta orang dalam satu tahun.
Katanya, ketika kemuncak lawatan pelancong, sindiket antarabangsa dari Selatan Amerika mencuri di beberapa pusat beli-belah pada masa yang sama.
“Apabila salah seorang ditangkap, mereka yang lain menghilangkan diri,” katanya, sebelum menambah, pusat-pusat beli-belah bekerjasama dan berkongsi maklumat berkenaan kes ini.
Kapten Manager keselamatan Adnan Adil Ariffin berkata beberapa pencuri telah ditangkap mencuri dengan beg kerajang aluminium.
“Sebelum ini, pencuri membuat beg mereka sendiri. Sekarang, beg itu diperbuat di Vietnam dan kami tidak dapat mengenal pasti sama ada beg tersebut mengandungi kerajang aluminium. Kami hanya boleh mengesan pencuri dengan melihat tindak tanduk mereka,” dia berkata.
“Kerana itu, kami mempunyai detektif berbaju biasa untuk menyiasat.”
Menurutnya, tiga pencuri yang berjaya ditangkap, dua berasal dari Vietnam dan Myanmar, seorang lagi penduduk tempatan.
Kapt Adnan berkata setiap dari mereka mencuri baju-baju yang bernilai RM3,000, dan menambah kemungkinan sebuah sindiket terlibat dalam kes ini.
Pusat beli-belah lain juga menangkap pencuri yang mencuri baju. Pencuri-pencuri itu adalah wanita yang berpakaian lengkap dari Vietnam dan Myanmar.
Tan berkata, kes itu tidak akan berhenti di situ dan setiap sukatan baru akan dibalas.
Katanya, sekuriti di dalam pusat beli-belah Sunway adalah lengkap.
“Kami mempunyai 350 kamera litar tertutup, rondaan-rondaan sekuriti, dan detektif berbaju biasa di mana-mana.
“Kami juga ada pondok polis dan polis pelancong berdekatan. Kami akan mengiringi pembeli yang takut untuk berjalan ke kereta mereka, terutamanya pada waktu malam,” tambahnya.
Sumber : Mstar Online